Saturday, May 15, 2010

Terima Kasih Cikgu..


(gambar hiasan)

PENGERUSI DAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN BELIA (MBFM) CAWANGAN FELDA JENGKA 16
MENGUCAPKAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KALI KE-39
KEPADA SEMUA GURU-GURU DI SELURUH NEGARA

KHASNYA KEPADA GURU-GURU YANG MENGAJAR DI
TADIKA KEMAS JENGKA 16
SK JENGKA 16
SAR AL-HUDA JENGKA 16
SMK JENGKA 16

TERIMA KASIH CIKGU

Tuesday, May 4, 2010

Program Gotong-Royong Muhibbah Belia Jengka 16

JENGKA 16 - Persatuan Belia (MBFM) Cawangan Jengka 16 telah mengadakan satu program kebajikan yang dinamakan Program Gotong Royong Muhibbah Belia Jengka 16 pada hari Ahad, 2 Mei 2010 yang lalu. Program kendalian Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan yang diketuai pengerusi biro berkenaan, Saudara Norhaizaimi Alias ini turut mendapat kerjasama erat daripada pihak pengurusan Felda, JKKK dan badan khairat kematian Jengka 16.

Program gotong royong ini diadakan di kawasan tanah perkuburan Islam Jengka 16, dengan tujuan utamanya untuk membersihkan kawasan persemadian itu, dengan membersihkan daun-daun kering, menebang dahan-dahan serta pohon-pohon kering, seterusnya menceriakan kawasan sekitarnya. Tujuan lain pula adalah untuk mendedahkan kepada para belia tentang adab-adab menziarahi pusara dan peringatan tentang kepentingan persediaan setiap manusia menghadapi kematian.

Sambutan hangat yang diberikan para belia Jengka 16 ternyata mengagumkan para pemimpin belia di sini sungguhpun program ini berteraskan kebajikan dan tiada jamuan disediakan kerana kekurangan peruntukan. Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Cawangan Jengka 16, Saudara Sukeri Hj.Abdul Moin berkata, beliau sedikit risau dengan kehadiran kurang memberangsangkan di awal program namun menjelang jam 10.00 pagi, kelihatan seorang demi seorang mula tiba membawa kelengkapan untuk bersama-sama bergotong royong..

Kehadiran Pegawai Felda rancangan, Encik Wadi dan wakil JKKR, Tn.Haji Jusoh Awang yang turut bersama-sama berpanas terik bersama-sama belia Jengka 16 membuktikan sokongan kuat kedua-kedua institusi penting rancangan ini kepada organisasi belia Jengka 16. Encik Wadi juga memaklumkan bahawa Tuan Pengurus, Tn.Haji Yahaya tidak dapat bersama-sama kerana berada di Johor atas beberapa urusan.

Program ini bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan taklimat awal disampaikan oleh Pengerusi Biro Penerangan dan ICT, Saudara Muhamad Nazri Ramli. Ketika program berhenti rehat jam 11.30 pagi, satu majllis bacaan tahlil arwah diadakan dengan diketuai oleh Pengerusi Biro Agama dan Kepimpinan, Ust.Aris Fezul Hj.Ismail. Program berakhir kira-kira jam 12.45 tengahari dengan semua dijemput menikmati hidangan makan tengahari di majlis walimatul urus Saudara Adam Abd.Malek di Blok C5, Jengka16.

Gambar-gambar program bakal menyusul..!!

Pengerusi serta seluruh jawatankuasa persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua belia Jengka 16 yang mngambil bahagian dalam program gotong royong ini, dan kepada sahabat kami, saudara Adam Abd.Malek dan pasangannya, SELAMAT PENGANTIN BARU..!!

Sunday, March 28, 2010

Jom Beramai-ramai Ke SIMEX 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


SIMPOSIUM DAN EKSPO USAHAWAN FELDA 2010

Tarikh :
30 dan 31 Mac 2010

Tempat :
Perkarangan Stadium Mini Nadi Kota, Bandar Jengka.

Masa :
9.00 pagi hingga 10 malam

SEMUA DIJEMPUT HADIR..



Wednesday, March 17, 2010

Bersama Memperkasa Organisasi Belia

Jengka 16 - Persatuan Belia (MBFM) Cawangan Jengka 16 berikrar untuk memberikan sepenuh kesungguhan dan beriltizam untuk melakukan segala yang terbaik demi kepentingan belia dan mayarakat Jengka 16 umumnya.

Pengerusinya, Saudara Sukeri Hj.Abdul Moin berkata masyarakat perlu memberi kepercayaan sepenuhnya kepada persatuan dan memberi sokongan agar persatuan akan bergerak dengan lebih jauh lagi pada masa akan datang. Beliau juga turut menggesa agar jawatankuasa yang dibentuk pada sesi kali ini dapat membuktikan kepada semua bahawa persatuan belia boleh menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan di Jengka 16 ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa persatuan kali pertama yang diadakan di Dewan Seri Sena dekat sini 15 Mac lalu. Dalam mesyuarat berkenaan, seramai 3 ahli jawatankuasa baru dan 3 orang wakil setiap blok telah dilantik . Beliau turut mengumumkan barisan Exco yang mengetuai Biro-biro terlibat :

Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan

Sdr.Nor Haizaimi Alias


Biro Sukan dan Rekreasi

Sdr.Zairul Haslan Saput


Biro Agama dan Kepimpinan

Ust.Aris Fezul Hj.Ismail


Biro Keselamatan

Sdr.Mohd.Shauki Jali


Biro Ekonomi dan Pembangunan

Sdr.Suriya Moorthy a/l Perumal


Biro Penerangan dan ICT

Sdr.Muhamad Nazri Ramli


Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA)

Sdri.Mardiana Khalid


Wakil-wakil Blok


Blok A : Sdr.Jamalluddin Ahmad

Blok B : Sdr.Zairul Haslan Saput

Blok C : Sdr.Muhammad Isa Hamdan


Dalam mesyuarat yang sama, beliau turut mengumumkan bahwa Saudara Nor Haizaimi Alias dilantik sebagai Setiausaha, Saudara Muhamad Nazri Ramli sebagai penolong Setiausaha dan Saudara Alias Haji Mohamad Nasir sebagai Bendahari persatuan.


Tuesday, February 23, 2010

Pemimpin Belia Wajib Bawah 40 Tahun - Shabery

Dari The Malaysian Insider

MELAKA, Dis 13 — Semua persatuan belia di negara ini diminta merealisasikan segera peralihan pemimpin baru kepada belia berusia bawah 40 tahun sebelum akhir tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata peralihan itu sejajar dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia Negara 2007 di mana setiap anggota dan pemimpin belia yang dilantik memegang jawatan diwajibkan berusia bawah 40 tahun.

“Saya mengharapkan sepenuhnya semua persatuan belia benar-benar dapat merealisasikan hasrat Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia yang baru itu sebelum penghujung tahun ini.

“Melaksanakannya bukan perkara yang baru kerana kita mesti sejajar dengan definisi belia dunia, kalau di peringkat dunia mereka menganggap belia itu berusia bawah 35 tahun tetapi kita agak berlembut dan tetapkan usia 40 tahun ke bawah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke-60 World Assembly of Youth (WAY) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden WAY Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Presiden WAY, Ole Lovig Simonsen. Ahmad Shabery berkata sekiranya peralihan itu tidak dilaksanakan segera, dibimbangi persatuan belia tidak relevan di kalangan belia.

Beliau berkata persatuan belia yang dipimpin oleh belia sendiri akan dapat mengatur dan melaksanakan pelbagai aktiviti mengikut kehendak golongan muda.

Katanya kementeriannya akan berusaha untuk mengetengahkan pemimpin daripada golongan muda dalam forum antarabangsa supaya mereka boleh bercakap isu antarabangsa dengan baik.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut melancarkan buku mengenai WAY bertajuk “London to Melaka, 1949-2009”. - Bernama

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Sesi 2010/2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah pada 18 Februari lepas menyaksikan pembatalan mesyuarat dikritik hebat para belia Jengka 16, malam 21 Februari lalu menyaksikan pemilihan baru Jawatankuasa MBFM Jengka 16 berjalan dengan teratur dan lancar. Dengan kehadiran En.Wadi, pegawai Felda yang mewakili Tuan Pengurus, Tn.Hj.Md.Yusoh Awang selaku pegawai sosial dari JKKR Jengka 16 dan kehadiran membanggakan kira-kira 120 orang belia Jengka 16, barisan kabinet baru MBFM Jengka 16 berjaya dimuktamadkan.
JAWATANKUASA MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA
CAWANGAN FELDA JENGKA 16 SESI 2010/2011

Pengerusi
Sdr.Sukeri Hj.Abdul Moin
(menang tanpa bertanding)

Naib Pengerusi 1:
Sdr.Suriya Moorthy a/l Perumal (61 undi)

Naib Pengerusi 2:
Sdri.Mardiana Khalid (57 undi)

Ahli Jawatankuasa/Exco :

Sdr.Nor Hazaimi Alias (69 undi)
Sdr.Muhamad Nazri Ramli (56 undi)
Sdr.Mohd.Faizal Tajjaruddin (43 undi)
Sdr.Azhad Husin (35 undi)
Sdri.Siti Norhafizah Aziz (30 undi)
Sdr.Zamree Hj.Ismail (27 undi)
Sdri.Zaimah Abdul Manan (26 undi)

jawatan S/U dan Bendahari dilantik dalam Mesyuarat J/Kuasa