Tuesday, May 4, 2010

Program Gotong-Royong Muhibbah Belia Jengka 16

JENGKA 16 - Persatuan Belia (MBFM) Cawangan Jengka 16 telah mengadakan satu program kebajikan yang dinamakan Program Gotong Royong Muhibbah Belia Jengka 16 pada hari Ahad, 2 Mei 2010 yang lalu. Program kendalian Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan yang diketuai pengerusi biro berkenaan, Saudara Norhaizaimi Alias ini turut mendapat kerjasama erat daripada pihak pengurusan Felda, JKKK dan badan khairat kematian Jengka 16.

Program gotong royong ini diadakan di kawasan tanah perkuburan Islam Jengka 16, dengan tujuan utamanya untuk membersihkan kawasan persemadian itu, dengan membersihkan daun-daun kering, menebang dahan-dahan serta pohon-pohon kering, seterusnya menceriakan kawasan sekitarnya. Tujuan lain pula adalah untuk mendedahkan kepada para belia tentang adab-adab menziarahi pusara dan peringatan tentang kepentingan persediaan setiap manusia menghadapi kematian.

Sambutan hangat yang diberikan para belia Jengka 16 ternyata mengagumkan para pemimpin belia di sini sungguhpun program ini berteraskan kebajikan dan tiada jamuan disediakan kerana kekurangan peruntukan. Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Cawangan Jengka 16, Saudara Sukeri Hj.Abdul Moin berkata, beliau sedikit risau dengan kehadiran kurang memberangsangkan di awal program namun menjelang jam 10.00 pagi, kelihatan seorang demi seorang mula tiba membawa kelengkapan untuk bersama-sama bergotong royong..

Kehadiran Pegawai Felda rancangan, Encik Wadi dan wakil JKKR, Tn.Haji Jusoh Awang yang turut bersama-sama berpanas terik bersama-sama belia Jengka 16 membuktikan sokongan kuat kedua-kedua institusi penting rancangan ini kepada organisasi belia Jengka 16. Encik Wadi juga memaklumkan bahawa Tuan Pengurus, Tn.Haji Yahaya tidak dapat bersama-sama kerana berada di Johor atas beberapa urusan.

Program ini bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan taklimat awal disampaikan oleh Pengerusi Biro Penerangan dan ICT, Saudara Muhamad Nazri Ramli. Ketika program berhenti rehat jam 11.30 pagi, satu majllis bacaan tahlil arwah diadakan dengan diketuai oleh Pengerusi Biro Agama dan Kepimpinan, Ust.Aris Fezul Hj.Ismail. Program berakhir kira-kira jam 12.45 tengahari dengan semua dijemput menikmati hidangan makan tengahari di majlis walimatul urus Saudara Adam Abd.Malek di Blok C5, Jengka16.

Gambar-gambar program bakal menyusul..!!

Pengerusi serta seluruh jawatankuasa persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua belia Jengka 16 yang mngambil bahagian dalam program gotong royong ini, dan kepada sahabat kami, saudara Adam Abd.Malek dan pasangannya, SELAMAT PENGANTIN BARU..!!

1 comment:

  1. Tahniah, Blog anda sudah di senaraikan didalam BGF.

    ReplyDelete